Skip to main content

PASUKAN BOLA SEPAK SKUAD HARIMAU MALAYA PILIHAN SAYA




                            -HARIMAU MALAYA- 


PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA PILIHAN 
                DAN 
           KEBANGGAAN SAYA


ukan bola sepak kebangsaan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasiPergi ke carian
Malaysia
Shirt badge/Association crest
GelaranHarimau Malaya
Skuad Kebangsaan
PersatuanPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Sub-konfederasiAFF (Asia Tenggara)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihTan Cheng Hoe
KaptenAidil Zafuan[1]
Kaps terbanyakSoh Chin Aun (224)
Penjaring terbanyakMokhtar Dahari (89)[2]
Stadium tuan rumahStadium Nasional Bukit Jalil
Kod FIFAMAS
Kedudukan FIFA154  (22 Oktober 2020)[3]
Kedudukan tertinggi FIFA75 (Ogos 1993)
Kedudukan terendah FIFA178 (15 Mac 2018)
Kedudukan Elo160  2 (19 November 2020)[4]
Kedudukan tertinggi Elo60 (1 Mac 1977)
Kedudukan terendah Elo185 (September 2018)
Warna tuan rumah
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 Singapura 4–2 Tanah Melayu Malaysia
(Singapura; 20 Jun 1948)[5]
 Malaysia 1–1 Thailand Bendera Thailand
(Kuala LumpurMalaysia; 12 Oktober 1963)[nota 1]
Kemenangan terbesar
Malaysia Tanah Melayu 15–1 Filipina Bendera Filipina
(JakartaIndonesia; 26 Ogos 1962)
 Malaysia 11–0 Filipina Bendera Filipina
(TehranIran; 7 September 1974)
Kekalahan terbesar
 Emiriah Arab Bersatu 10–0 Malaysia Malaysia
(Abu DhabiEmiriah Arab Bersatu; 3 September 2015)
Piala Asia
Kemunculan3 (Kali pertama pada 1976)
Keputusan terbaikPusingan 1 (197619802007)

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Tanah Melayu ialah merupakan pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Tanah Melayu yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia.[r 1] Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2018 apabila tewas agregat 2-3 kepada Vietnam.

Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau MalayaHarimau Malaysia[7] dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaan telah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.

Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat ialah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 ialah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2 penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias.

Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.

Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan adalah antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan ThailandSingapuraIndonesia dan Vietnam dan masih lagi di dalam memperbaiki diri sendiri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Zaman kegemilangan[sunting | sunting sumber]

Pra Malaysia[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Rahman dengan pasukan bola sepak Malaya berserta Piala Merdeka pada tahun 1958.
Pemenang musim pertama Piala Borneo pada tahun 1962, pasukan bola sepak Borneo Utara, setahun sebelum penggabungan bagi membentuk Malaysia.

Sebelum terbentuknya Malaysia, Borneo Utara (kini Sabah), SarawakTanah Melayu dan Singapura diwakili oleh pasukan kebangsaan masing-masing. Pasukan bola sepak Malaya dan Singapura sering bertanding di beberapa kejohanan besar pada era itu seperti Pestabola Merdeka. Pasukan bola sepak Borneo Utara dan Sarawak pula bertanding di Piala Borneo iaitu kejohanan yang melibatkan tiga negara iaitu Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Daripada keempat-empat pasukan tersebut, pasukan Malaya merupakan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di JakartaIndonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur KohG. GovindarajuRobert ChoeEdwin Dutton dan Stanley Gabriel.[8]

Pasca Malaysia[sunting | sunting sumber]

Perlawanan pertama pasukan bola sepak Malaysia diadakan di Stadium Merdeka pada 8 Ogos 1963 dengan gabungan pemain dari Malaya dan Singapura.[r 1] Pada perlawanan itu, Malaysia tewas 3-4 kepada Jepun.[9] Pasukan ini terus menggunakan gabungan pemain dari Singapura dan Semenanjung Malaysia sehinggalah Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965. Sejak itu pasukan ini hanya menggunakan pemain dari Semenanjung Malaysia kerana kekangan pada masa itu untuk ke Malaysia Timur. Hanya pada tahun 1977 barulah FAM menghantar pencari bakat ke Malaysia Timur.[10][11] Pada 1971, James Wong yang berasal dari Sabah merupakan pemain pertama dari Malaysia Timur terpilih untuk mewakili Malaysia.[12] Senarai itu diteruskan oleh James Yaakub dari Sarawak pada 1977.

Kegemilangan pasukan ini berterusan dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin AbdullahWong Fook ChuanN. ThanabalanZulkifli Norbit dan Abdullah Nordin.[8] Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menewaskan JepunKorea SelatanTaiwan dan Filipina sepanjang pusingan kelayakan. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.

Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.

Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow di mana munculnya gandingan Hassan Sani dan James Wong tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin HassanDollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.[13]

Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia.[perlu rujukan] Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada pasukan bola sepak kebangsaan, tetapi masih tidak dapat menyaingi kehandalan pemain-pemain sebelum mereka.

Layak ke Olimpik 1972[sunting | sunting sumber]

Kumpulan A[sunting | sunting sumber]

PasukanBPMSKJGGBPGMt
 Jerman Barat3300130+136
 Maghribi311163+33
 Malaysia310239−62
 Amerika Syarikat3012010−101

Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972 buat pertama kalinya, dengan berada di kumpulan A mereka akan bertemu Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Maghribi. Semasa kejohanan tersebut, Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kumpulan, tewas 0–3 kepada Jerman Barat pada perlawanan pembukaan dan pada perlawanan kedua mereka menang 3–0 keatas Amerika Syarikat namun tewas 0–6 kepada Maghribi di perlawanan terakhir kumpulan sekaligus gagal melangkah ke fasa perlawanan seterusnya.

Rekod 1972–1985[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1972, Mokhtar Dahari dianggap sebagai pemain bola sepak legenda untuk pasukan Malaysia kerana dia menempah tempat sebagai salah satu pemain terbaik di Asia. Bersama skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Mokhtar beraksi sebanyak 142 perlawanan (138 bertaraf 'A' antarabangsa) dengan menjaringkan 89 gol (85 bertaraf 'A' antarabangsa) dan pernah menjadi penjaring terbanyak dunia.[14][15] Rekod ini diiktiraf secara rasmi oleh FIFA dan Mokhtar disenarai ke dalam 'FIFA Century Club'.

Zaman Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg) dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.

Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.

Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1–0 walaupun menjadi pasukan underdog (bukan pilihan) pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di VientianeLaos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan.

Era Allan Harris[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.

Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.

Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.

Era Bertalan Bicskei[sunting | sunting sumber]

ok

Era Norizan Bakar[sunting | sunting sumber]

Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walau bagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, yang mana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 yang mana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.

Era B. Sathianathan[sunting | sunting sumber]

Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4–1 dan seri 0–0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.

Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3–0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walau bagaimanapun, Malaysia tumpas 2–3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3–0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan Peter Withe. Walau bagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam kedudukan FIFA.

Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0–5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan. Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.[16]

Era K. Rajagopal[sunting | sunting sumber]

Pada April 2009, Datuk K. Rajagopal telah dinamakan jurulatih baru Malaysia menggantikan B. Sathianathan sebagai ketua jurulatih Malaysia. K. Rajagopal juga ialah jurulatih skuad Malaysia di bawah 23 tahun.[17] Perlawanan pertama K. Rajagopal ialah menentang Zimbabwe, yang mana Malaysia menang 4–0.[18] Rajagopal juga melatih Malaysia di dalam dua perlawanan menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United, tewas kedua-dua perlawanan 2–3 dan 0–2. Semasa masanya sebagai jurulatih bawah-23, K. Rajagopal mengetuai Malaysia mendapatkan pingat emas Sukan SEA dan juga mengetuai Malaysia melayakkan ke pusingan kedua Sukan Asia 2010 sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik selepas jarak waktu 32 tahun.[19][20] Persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd Zaquan Adha.[21]

Era Dollah Salleh[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2014, Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu menggantikan Datuk K. Rajagopal yang tidak disambung kontraknya akhir tahun lalu. Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pemilihan itu dibuat selepas FAM mengambil kira tempoh persediaan singkat menjelang Piala Suzuki AFF dan prestasi Dollah ketika mengendali Pahang tahun lalu dan PDRM tahun ini.

Semasa Dollah membimbing skuad kebangsaan untuk pertama kali, kebanyakan peminat bola tempatan tidak meyakini prestasi harimau malaya berikutan keputusan hambar & sering tewas dalam perlawanan persahabatan. Dalam perlawanan persahabatan pertama, skuad negara tewas 1–4 pada Tajikistan. Kemudian tewas 0–3 kepada Syria & 1–3 pada Vietnam. Kebanyakannya mengkritik cara Dollah Salleh memilih pemain yang hanya berdasarkan prestasi lampau & bukan prestasi semasa. Dollah juga dikritik kerana tidak memanggil pemain yang memenangi Anugerah Penyerang Terbaik Kebangsaan, Mohd Nor Farhan Muhammad untuk mewakili negara.

Pada kejohanan AFF 2014, Malaysia diundi dalam kumpulan bersama dengan Myanmar, Thailand dan Singapura yang mana dianggap laluan yang cukup sukar memandangkan Thailand dan Singapura ialah juara bertahan piala AFF. Malaysia memulakan langkah hambar apabila seri 0–0 dengan Myanmar dan tewas 2–3 kepada Thailand di peringkat kumpulan. Ramai yang menyifatkan laluan Malaysia ke separuh akhir seperti sudah tertutup.

Tetapi keputusan tidak dijangka berlaku apabila Malaysia mencipta kejutan menewaskan Singapura 3–1 di Stadium Kallang, Singapura. Ini dibantu dengan kekalahan Singapura kepada Thailand di peringkat kumpulan yang mana mereka tewas 1–2. Perbezaan mata melayakkan Malaysia ke separuh akhir bersama-sama Thailand, Vietnam dan Filipina. Ini merupakan kejayaan manis Malaysia kerana berjaya menundukkan tuan rumah Singapura di tempat lawan.

Pada separuh akhir pertama, Malaysia bertemu Vietnam. Pertemuan ini seperti mengulang semula memori tahun 2010 bila mana Malaysia bertemu lawan yang sama di separuh akhir, iaitu Vietnam. Pada separuh akhir pertama, Malaysia kalah 1–2. Ramai yang menyifatkan perlawanan Malaysia menentang Vietnam di Shah Alam antara yang paling mengewakan kerana barisan pertahanan Malaysia seperti hilang punca dan fokus sehingga mendorong reaksi marah daripada Dollah Salleh. Imej Malaysia juga tercalar kerana berlaku rusuhan di Stadium Shah Alam yang mana penyokong Malaysia bertindak menyerang penyokong Vietnam. Ini disifatkan antara yang mengejutkan peminat bola kerana ia jarang terjadi sebegini pada penyokong tempatan. Malaysia bertandang ke Hanoi yang mana ia juga merupakan satu misi sukar kerana Malaysia memerlukan lebih 2 gol untuk layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014. Pada separuh akhir kedua, Malaysia sekali lagi mencipta kejutan apabila menang 4–2 ke atas Vietnam dan layak ke perlawanan akhir dengan agregat 5-3 bertemu Thailand yang menewaskan Filipina 3–0 di Stadium Rajamangala dengan agregat 3–0. Vietnam merupakan tuan rumah bersama Singapura dalam AFF 2014 yang berjaya dikalahkan Malaysia.

Pertemuan Malaysia dan Thailand di Piala AFF 2014 mengembalikan memori Piala Tiger 1996 bila mana Thailand menewaskan Malaysia 1–0 dengan jaringan Kiatisuk Senamuang, yang kini jurulatih Thailand. Ironinya, Malaysia dan Thailand merupakan peserta akhir yang tidak menggunakan khidmat jurulatih import dan pemain naturalisasi. Bahkan kedua-dua jurulatih negara merupakan bekas pemain bolasepak yang mana Kiatisuk pernah beraksi sebagai pemain import untuk pasukan Perlis dan Dollah Salleh sebagai pemain Pahang pada era 90-an. Pada perlawanan akhir pertama, Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand di Bangkok. Menyukarkan lagi peluang Malaysia untuk mengecapi Piala AFF 2014 sepertimana pada tahun 2010.

Bagaimanapun, pada perlawanan akhir kedua Malaysia hampir mencipta kejutan apabila mendahului Thailand 3–0 di Bukit Jalil. Yang mana disifatkan peluang semakin cerah kerana Malaysia sudah berada pada agregat 3–2 mengatasi Thailand. Tetapi harapan Malaysia musnah apabila Thailand berjaya memperoleh 2 gol pada penghujung permainan. Ini kerana jika Malaysia memperoleh gol di Bangkok, situasi sudah pasti berbeza kerana kelebihan jaringan di tempat lawan sangat penting untuk perlawanan timbal balik. Malaysia akhirnya akur tewas agregat 3–4 yang mana kesudahannya Malaysia 3, Thailand 2. Tapi perbezaan agregat memusnahkan harapan Malaysia untuk menjuarai kejohanan ini buat kali kedua.

AFF 2014 dianggap perlawanan paling dramatik dalam sejarah pasukan bolasepak Malaysia kerana edisi kali ini Malaysia banyak menciptakan kejutan yang mana tidak dijangka oleh lawan mahupun penyokong tanah air.


Kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010[sunting | sunting sumber]

Juara Piala Suzuki AFF 2010 (biru), kesebelasan utama di Perlawanan Akhir Kedua.

Pada Piala AFF Suzuki 2010, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Mohd Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5–1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5–1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2–1 semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2–0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur dan Hanoi pada 15 dan 18 Disember.[22]

Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2–1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara dengan agregat 4–2. Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Lalu Harimau Malaya dengan sendirinya dianggap layak dinobatkan kembali sebagai 'raja bola sepak' rantau Asia Tenggara.[23] Ini dikuatkan lagi dengan kejayaannya mempertahan pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2011.

Kit[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1970 hingga 2007, kit pasukan kebangsaan telah dibuat oleh Adidas, yang juga menaja kit pasukan kebangsaan. Sejak tahun 2007, rasmi Malaysia kit pasukan telah dikeluarkan oleh Nike. Reka bentuk kit rumah itu jalur hitam dan kuning adalah untuk mengimbas kembali kit yang digunakan oleh pasukan kebangsaan Malaysia tahun 1920-an. Pasukan besar negara tahun 1970-an juga menggayakan jalur yang sama, yang sepatutnya mengingatkan pada jalur harimau, simbol pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Pada bulan November 2010, Nike Malaysia mencipta kit bola sepak baru bagi rakyat Malaysia yang dibuat khas untuk Piala Suzuki AFF 2010. Reka bentuk kit rumah itu jalur hitam dan kuning dibentuk oleh barisan hitam bergaris-garis. Kit jauh mempunyai depan kosong biru dan merah dan putih di tepi lengan. Nike menggunakan bendera Malaysia sebagai logo mereka dan bukannya meletakkan logo Persatuan Bola Sepak Malaysia, seperti mana yang berlaku untuk pasukan kebangsaan besar tahun 1970-an.[24] Di bahagian bawah bendera, petikan "Tanah Tumpahnya Darahku" boleh didapati. Petikan tersebut ialah sebahagian daripada lagu Lagu Kebangsaan Malaysia, merujuk bahawa mereka melakukan yang terbaik untuk negara.

Jerman Adidas (1970 – 2007)
1995–1997
Tuan Rumah
1995–1997
Pelawat
2001
Tuan Rumah
2002
Tuan Rumah
2001–2002
Pelawat
2004–2005
Tuan Rumah
2004–2005
Pelawat
Amerika Syarikat Nike (2007 – sekarang)
2008–2009
Tuan Rumah
2008–2009
Pelawat
2010–2012
Tuan Rumah
2010–2012
Pelawat
2012–2014
Tuan Rumah
2012–2014
Pelawat
Amerika Syarikat Nike (2007 – sekarang)
2014–2016
Tuan Rumah
2014–2016
Pelawat
2016–2020
Tuan Rumah
2016–2020
Pelawat

Rekod Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia[sunting | sunting sumber]

Rekod Piala Dunia FIFAKelayakan Piala Dunia FIFA
TahunPusinganKedudukanBPMSKJGGBBPMSKJGGB
Uruguay 1930Tidak menyertai
Itali 1934
Perancis 1938
Brazil 1950
Switzerland 1954
Sweden 1958
Chile 1962
England 1966
Mexico 1970
Jerman Barat 1974Tidak layak421133
Argentina 1978412176
Sepanyol 1982301238
Mexico 1986421162
Itali 1990631288
Amerika Syarikat 19946222167
Perancis 1998632153
Korea SelatanJepun 20026213811
Jerman 20066006218
Afrika Selatan 2010201141
Brazil 20144112810
Rusia 20188116330
Qatar 202284041012
JumlahTiada6721143283119

Sukan Olimpik[sunting | sunting sumber]

Rekod Sukan Olimpik
TahunPusinganKedudukanBPMSKJGGB
Perancis 1900Tidak Menyertai
Amerika Syarikat 1904
United Kingdom 1908
Sweden 1912
Belgium 1920
Perancis 1924
Belanda 1928
Jerman 1936
United Kingdom 1948
Finland 1952
Australia 1956
Itali 1960
Jepun 1964Tidak layak
Mexico 1968Menarik diri
Jerman 1972Pusingan 110/16310239
Kanada 1976Tidak layak
Kesatuan Soviet 1980Layak tetapi memboikot
Amerika Syarikat 1984Tidak layak
Korea Selatan 1988
JumlahTerbaik: Pusingan 11/19310239

Nota: Kejohanan bawah 23 tahun sejak 1992

Perjalanan di Sukan Olimpik
TahunPusinganJaringanKeputusan
1972Pusingan 1 Malaysia 0–3 Jerman Jerman BaratKalah
Pusingan 1 Malaysia 3–0  Amerika SyarikatMenang
Pusingan 1 Malaysia 0–6  MaghribiKalah

Piala Asia[sunting | sunting sumber]

Rekod Piala AsiaRekod kelayakan Piala Asia
TahunPusinganKedudukanBPMSKJGGBBPMSKJGGB
Hong Kong 1956Tidak layak4112188
Korea Selatan 1960210153
Israel 19643102910
Iran 1968411245
Thailand 19725401153
Iran 1976Pusingan 15/6201113431061
Kuwait 19806/10412155421153
Singapura 1984Tidak layak4211103
Qatar 1988411246
Jepun 1992302126
Emiriah Arab Bersatu 1996211052
Lubnan 2000621344
Republik Rakyat China 20046123912
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara 2007Pusingan 116/163003112Tuan Rumah Bersama
Qatar 2011Tidak layak4004212
Australia 2015621357
Emiriah Arab Bersatu 20195014413
Republik Rakyat China 2023Akan Ditentukan
JumlahTerbaik: Pusingan 13/169135720541714237987

Nota: Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.

Sukan Asia[sunting | sunting sumber]

Rekod Sukan Asia
TahunPusinganKedudukanBPMSKJGGB
India 1951Tidak menyertai
Filipina 1954
Jepun 1958Pusingan 113/14300328
Indonesia 1962Tempat Ketiga3/85302239
Thailand 1966Pusingan 110/11300315
Thailand 197010/10300304
Iran 1974Tempat Ketiga3/1573222013
Thailand 1978Pusingan 27/145203410
India 1982Pusingan 114/16300314
Korea Selatan 198615/18301225
Republik Rakyat China 199012/14201103
Jepun 199411/184112611
Thailand 1998Tidak menyertai
JumlahTerbaik: Tempat Ketiga10/123895245971

Nota: Semenjak 2002, kejohanan ini menghadkan kepada skuad bawah 23 dan
3 pemain berumur 23 tahun ke atas dibenarkan turut serta, kejohanan ini juga tidak
dianggap sebahagian rekod pasukan kebangsaan atau tiada kaps dianugerahkan.

Sukan Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Rekod Sukan SEA
TahunPusinganKedudukanBPMSKJGGB
Thailand 1959Tempat Ketiga3/4320155
Myanmar 1961Juara1/64400103
Kemboja 1963Tidak diadakan
Malaysia 1965Tempat Keempat4/5200204
Thailand 1967Pusingan 15/5200216
Myanmar 1969Separuh Akhir3/5320145
Malaysia 1971Naib Juara2/75401166
Singapura 1973Tempat Ketiga3/6412142
Thailand 1975Naib Juara2/4311133
Malaysia 1977Juara1/75401243
Indonesia 19791/5532040
Filipina 1981Naib Juara2/6412145
Singapura 1983Tempat Ketiga3/7412173
Thailand 19853/64220103
Indonesia 1987Naib Juara2/6412143
Malaysia 1989Juara1/85500112
Filipina 1991Pusingan 15/7310224
Singapura 19935/94202135
Thailand 19957/10411295
Indonesia 19977/10420255
Brunei 19995/1042021010
JumlahTerbaik: Juara20/207639142314682

Nota: **Jalur berwarna merah menunjukkan kejohanan telah diadakan pada tempat sendiri.
Nota: Sejak tahun 2001, kejohanan ini menjadi kejohanan skuad bawah 23 tahun dan tidak
dianggap sebagai rekod pasukan kebangsaan, mahupun kaps diberikan.

Piala AFF[sunting | sunting sumber]

Rekod Piala Tiger/Piala AFF/Piala AFF Suzuki
TahunPusinganKedudukanBPMSKJGGB
Singapura 1996Naib Juara2/106321184
Vietnam 1998Pusingan 16/8301203
Thailand 2000Tempat Ketiga3/96411124
IndonesiaSingapura 2002Tempat Keempat4/9521295
VietnamMalaysia 2004Tempat Ketiga3/107502149
SingapuraThailand 2007Separuh Akhir3/81513163
IndonesiaThailand 2008Pusingan 15/8310256
IndonesiaVietnam 2010Juara1/8522186
MalaysiaThailand 2012Separuh Akhir4/8521277
SingapuraVietnam 2014Naib Juara2/873131312
MyanmarFilipina 2016Pusingan 15/8310234
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara 2018Naib Juara2/108332118
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara 2020Layak
JumlahTerbaik: Juara13/136327152110671

Nota: *Menunjukkan keputusan seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti.
Nota: **Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.
Nota: 1 Malaysia berkongsi tempat ketiga bersama Vietnam.

Perlawanan Antarabangsa FIFA 'A'[sunting | sunting sumber]

Di bawah adalah senarai perlawanan antarabangsa FIFA 'A', Malaysia telah bermain melawan pasukan diiktiraf FIFA.[25][26][27][28][29][30]

*Menandakan seri termasuklah perlawanan kalah mati memutuskan pada tendangan penalti.

Jadual dan Keputusan Perlawanan[sunting | sunting sumber]

      Menang       Seri       Kalah

2021[sunting | sunting sumber]

  • 1 Perlawanan antarabangsa Bukan FIFA 'A'

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad terkini[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil untuk kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Emiriah Arab BersatuVietnam dan Thailand pada Jun 2021, dan perlawanan persahabatan 28 Mei 2021 menentang Bahrain[31]

Kaps dan gol betul pada 15 Jun 2021 selepas perlawanan menentang  Thailand.

No.Pos.PemainTarikh Lahir (Umur)KapsGolKelab
1GKFarizal Marlias29 Jun 1986 (umur 35)490Malaysia Johor Darul Ta'zim
21GKKhairulazhan Khalid7 November 1989 (umur 31)130Malaysia Selangor
23GKSamuel Somerville6 Ogos 1994 (umur 27)00Malaysia Pulau Pinang
2DFMatthew Davies7 Februari 1995 (umur 26)330Malaysia Johor Darul Ta'zim
3DFRizal Ghazali1 Oktober 1992 (umur 28)110Malaysia Kedah Darul Aman
4DFSyahmi Safari5 Februari 1998 (umur 23)191Malaysia Selangor
5DFDion Cools4 Jun 1996 (umur 25)30Denmark Midtjylland
6DFJunior Eldstål16 September 1991 (umur 29)100Thailand Chonburi
7DFAidil Zafuan Radzak3 Ogos 1987 (umur 34)913Malaysia Johor Darul Ta'zim
17DFIrfan Zakaria4 Jun 1995 (umur 26)131Malaysia Kuala Lumpur City
22DFLa'Vere Corbin-Ong22 April 1991 (umur 30)131Malaysia Johor Darul Ta'zim
DFAdam Nor Azlin5 Januari 1996 (umur 25)151Malaysia Johor Darul Ta'zim
DFDominic Tan12 Mac 1997 (umur 24)30Thailand Police Tero
8MFNor Azam Azih3 Januari 1995 (umur 26)160Malaysia Sri Pahang
10MFLiridon Krasniqi1 Januari 1992 (umur 29)40Australia Newscastle Jets
12MFNazmi Faiz Mansor16 Ogos 1994 (umur 27)120Malaysia Johor Darul Ta'zim
14MFSyamer Kutty Abba1 Oktober 1997 (umur 23)220Malaysia Johor Darul Ta'zim
MFBrendan Gan3 Jun 1988 (umur 33)181Malaysia Selangor
9FWNorshahrul Idlan Talaha8 Jun 1986 (umur 35)8014Malaysia Sarawak United
11FWSafawi Rasid5 Mac 1997 (umur 24)3111Malaysia Johor Darul Ta'zim
13FWMohamadou Sumareh20 September 1994 (umur 26)226Malaysia Johor Darul Ta'zim
15FWArif Aiman Hanapi4 Mei 2002 (umur 19)30Malaysia Johor Darul Ta'zim
16FWGuilherme9 November 1986 (umur 34)31Malaysia Johor Darul Ta'zim
18FWLuqman Hakim Shamsudin5 Mac 2002 (umur 19)30Belgium Kortrijk
19FWAkhyar Rashid1 Mei 1999 (umur 22)264Malaysia Johor Darul Ta'zim
20FWMuhammad Syafiq Ahmad28 Jun 1995 (umur 26)228Malaysia Johor Darul Ta'zim

Senarai panggilan[sunting | sunting sumber]

Pemain berikut dipanggil dalam 12 bulan terakhir.

Pos.PemainTarikh Lahir (Umur)KapsGolKelabPanggilan Terakhir
GKKhairul Fahmi7 Januari 1989 (umur 32)560Malaysia Melaka UnitedLatihan berpusat Mac 2021
GKRahadiazli Rahalim29 Mei 2001 (umur 20)00Malaysia TerengganuLatihan berpusat Mac 2021
DFShahrul Saad8 Julai 1993 (umur 28)404Malaysia Johor Darul Ta'zimLatihan berpusat Mac 2021
DFFazly Mazlan22 Disember 1993 (umur 27)250Malaysia Sri PahangLatihan berpusat Mac 2021INJ
DFArif Fadzilah20 April 1996 (umur 25)00Malaysia TerengganuLatihan berpusat Mac 2021
MFAfiq Fazail29 September 1994 (umur 26)40Malaysia Johor Darul Ta'zimLatihan berpusat Mac 2021
MFDanial Amier27 Mac 1997 (umur 24)20Malaysia Johor Darul Ta'zimLatihan berpusat Mac 2021
FWRamadhan Saifullah9 Disember 2000 (umur 20)00Malaysia Johor Darul Ta'zimLatihan berpusat Mac 2021
FWShahrel Fikri17 Oktober 1994 (umur 26)188Malaysia SelangorLatihan berpusat Mac 2021
FWFaisal Halim7 Januari 1998 (umur 23)10Malaysia TerengganuLatihan berpusat Mac 2021

Nota:

  • INJ Mengundurkan diri dari skuad kerana kecederaan
  • PRE Skuad awal

Skuad terdahulu[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Bola Sepak ASEAN
Piala Asia AFC
Sukan Olimpik

Kakitangan kejurulatihan[sunting | sunting sumber]

Senarai di bawah menunjukkan kakitangan yang berdaftar secara rasmi untuk Pasukan Senior Malaysia.[32]

PengurusMalaysia Datuk Hamidin Amin
Penolong PengurusMalaysia Datuk Dr Mohd Satim Diman
Pengarah TeknikalMalaysia Ong Kim Swee
Ketua JurulatihMalaysia Tan Cheng Hoe
Penolong Jurulatih 1Malaysia S. Balachandran
Penolong Jurulatih 2
Jurulatih Penjaga GolMalaysia Azmin Azram Abdul Aziz
Jurulatih KecergasanSlovakia Martin Stano

Jurulatih[sunting | sunting sumber]

1.  – menguruskan pasukan secara sekali saja sebagai penjaga pengurus

Kepujian[sunting | sunting sumber]

Benua[sunting | sunting sumber]

Serantau[sunting | sunting sumber]

Jemputan[sunting | sunting sumber]

  • Med 2.png Naib Juara (1): 1973
  • Med 3.png Tempat Ketiga (2) : 19701974
  • Tempat Keempat (1) : 1968
  • Separuh Akhir (1) : 1975
  • Kejohanan Hari Kebangsaan Vietnam Selatan[34]
  • Simple cup icon.svg Juara (1): 1971
  • Med 2.png Naib Juara (1): 1983
*Juara bersama

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Keputusan dikira sejak selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Panjat ke:a b Tengku: A real feast of soccer – The Straits Times, 9 August 1963, Page 17.
  1. ^ Aidil Zafuan Kapten, Adakah Khairulazhan Ketepikan Farizal Untuk Tugas Di GawangSemuanyabola.com. Dicapai pada 19 November. 2019.
  2. ^ "Mohamed Mokhtar Dahari"RSSSF.
  3. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking"FIFA. 22 Oktober 2020. Dicapai pada 22 Oktober2020.
  4. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings"eloratings.net. 19 November 2020. Dicapai pada 19 November 2020.
  5. ^ "Perlawanan Tanah Melayu, penilaian dan mata ditukar". World Football Elo Ratings: Malaysia. Dicapai pada 25 November 2016.
  6. ^ "Malaysia matches, ratings and points exchanged". World Football Elo Ratings: Malaysia. Dicapai pada 24 November 2016.
  7. ^ New Straits Times (Inggeris)
  8. Panjat ke:a b "The Malaysian Football Story – Again", Mysinchew.com, 29 Jun 2008.
  9. ^ MAJID MISSES A PENALTY AND MALAYSIA CRASH – The Straits Times, 9 August 1963. (Inggeris)
  10. ^ Sabah FA: Give us a chance – The Straits Times, 10 June 1977. (Inggeris)
  11. ^ FAM now look East for fresh soccer talent – The Straits Times, 8 June 1977. (Inggeris)
  12. ^ Sabahan may be Mokhtar's replacement – The Straits Times, 2 December 1976. (Inggeris)
  13. ^ "Teong Kim says sad state of affairs due to lack of infrastructure", TheStar.com, 20 Julai 2007.
  14. ^ "Mokhtar pernah jadi penjaring terbanyak dunia"Syafiq AznanBerita Harian. 24 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2021. Dicapai pada 24 June 2021.
  15. ^ "The 10 all-time men's international top scorers"Gary Parkinson. FourFourTwo. 26 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2021. Dicapai pada 26 June2021.
  16. ^ "FAM Pecat Jurulatih Dan Pengurus Pasukan Kebangsaan",BERNAMA, 1 Februari 2009.
  17. ^ Coach Rajagopal urges Malaysians to support team irrespective of results
  18. ^ Malaysia Trounce Zimbabwe
  19. ^ Malaysia wins SEA Games
  20. ^ "Malaysia enter last 16 but crippled by injuries and suspensions". The Star. November 14, 2010. Dicapai pada 2010-11-14.
  21. ^ "Indonesia tunduk", Utusan Malaysia. 14 Jun 2009.
  22. ^ "Football: Malaysia Edge Vietnam To Enter AFF Cup Final After 14 Years"Bernama. Dicapai pada 2010-12-19.
  23. ^ [1]
  24. ^ Malaysia National Kit 2011–2012, Made for 2010 AFF Suzuki Cup
  25. ^ FIFA.Com – Malaysia – Fixtures and Result Retrieved at 16 January 2011
  26. ^ World Football Elo Ratings: Malaysia Retrieved at 17 January 2011
  27. ^ Malaysia International Matches 1953–2000 Retrieved at 17 January 2011
  28. ^ Results of Malaysia 1953–2001 Retrieved at 17 January 2011
  29. ^ Results and fixtures of Malaysia Retrieved at 18 January 2011
  30. ^ Results and fixtures of Malaya Retrieved at 18 January 2011
  31. ^ "Siaran Media: Senarai 25 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 16 Mei 2021" [Media Release: List of 25 Players to the Malayan Tiger Squad Central Training Camp Starting 16 May 2021]. Football Association MalaysiaDiarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2021. Dicapai pada 25 May 2021.
  32. ^ FAM - National Senior Team Dicapai pada 13 Ogos 2011
  33. ^ "Vingada Appointed National Team Head Coach"Football Association of Malaysia(FAM). 15 May 2017. Dicapai pada 15 May 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  34. ^ Quoc Khanh Cup
  35. ^ President's Gold Cup


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
1959
Bendera Vietnam Selatan
Vietnam Selatan
Juara Sukan SEA
1961
(Gelaran pertama)
Diikuti oleh:
1963
Tidak diadakan
Didahului oleh
1975
Bendera Thailand
Thailand
Juara Sukan SEA
1977
(Gelaran kedua)
1979
(Gelaran ketiga)
Diikuti oleh:
1981
Bendera Thailand
Thailand
Didahului oleh
1987
Bendera Indonesia
Indonesia
Juara Sukan SEA
1989
(Gelaran keempat)
Diikuti oleh:
1991
Bendera Indonesia
Indonesia
Didahului oleh
2008
Bendera Vietnam
Vietnam
Juara Piala ASEAN
2010
(Gelaran pertama)
Diikuti oleh:
2012
Bendera Singapura
Singapura

Menu pandu arah


Comments